Monday, December 28, 2015


Apakah itu projek 1BestariNet?                 

1BestariNet adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. 

Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu?                       

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G). 

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan ID Yes 1BestariNet saya?                    

ID Yes 1BestariNet disalurkan ke semua sekolah. Sila berhubung dengan sekolah anda untuk mendapatkan ID Yes 1BestariNet anda.

Apakah lagi yang boleh saya perolehi dengan ID Yes 1BestariNet saya?                      


Dengan ID Yes 1BestariNet anda, anda boleh mengakses Frog VLE serta seluruh sumber dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan banyak lagi, selain anda boleh mengikuti butiran akaun anda dalam rangkaian Yes.